Seramai 7 orang guru dan 10 orang murid Pusat Sumber SMK Belara, Kuala Terengganu telah membuat Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, SMA Maarif, Besut pada hari ini.
Kedatangan tetamu telah disambut mesra oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, PK Pentadbiran, Cikgu Mohd Azami bin Abd Ghani, PK HEM, guru-guru dan murid-murid tingkatan 4 sains. Pintu masuk utama dibasahi oleh air hujan yang turun sepanjang pagi.
2. Majlis Penggambaran
Majlis penggambaran diadakan di dalam Bilik Mesyuarat kerana hujan.
3. Majlis Sambutan Rasmi
Majlis sambutan rasmi diadakan sejurus selesai sesi bergambar.
3.1. Ucapan Pengerusi Majlis
Majlis telah dipengerusikan oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media. Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu.
3.2. Ucapan Aluan
Pengerusi menjemput Cikgu Mohd Azami bin Abd Ghani untuk memberi ucapan aluan bagi pihak pengetua.






